UNIT AUDIT DALAM


Unit Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah telah ditubuhkan pada 1hb. Oktober 2000 berdasarkan kepada arahan Kerajaan Persekutuan menurut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1979.

Unit ini bertanggungjawab secara terus kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan berperanan menjalankan pengauditan ke atas semua jabatan dan agensi di bawah pentadbiran Kerajaan negeri termasuk pihak-pihak berkuasa tempatan dan badan-badan berkanun negeri.
Pada peringkat awal penubuhannya, Unit Audit Dalam ini telah diluluskan (4) empat penjawatan yang terdiri daripada Ketua Unit Audit Dalam, Penolong Juruaudit (2 jawatan) dan Pembantu Tadbir (P/O).

Bagaimanapun, mulai 2009, sebanyak lapan lagi  penjawatan baru telah diluluskan di unit ini bagi meningkatkan kekuatan dan kemampuan melaksanakan tugas-tugasan hakiki selaras dengan perkembangan sektor awam pada masa kini yang menekankan kepada aspek integriti, akauntabiliti dan sistem penyampaian yang berkesan.

Lapan (8) penjawatan baru tersebut ialah Juruaudit(2 jawatan), Penolong Juruaudit Kanan, Pembantu Tadbir Kanan (P/O), Pembantu Tadbir Kewangan (3 jawatan) dan Pembantu Tadbir (P/O).


FUNGSI

  1. Memastikan operasi-operasi kewangan diurus dengan teratur
  2. Memastikan dasar-dasar, undang-undang dan semua peraturan yang telah ditetapkan dipatuhi dengan sempurna
  3. Mengkaji dan menilai ketetapan maklumat agensi/ jabatan secara teratur dari segi kesempurnaan, kecekapan, keberkesanan dan berekonomik
  4. Mengkaji dan menilai kemampuan serta kecekapan system kewangan, kaedah pengurusan dan kawalan dalaman agensi/jabatan
  5. Mengemukakan cadangan dan nasihat bagi penambahbaikkan dan mempertingkatkan daya saing  operasi agensi/jabatan kearah kesempurnaan.
  6. Menyediakan laporan audit yang berkualiti, bebas, seimbang dan tepat pada masanya untuk dikemukakan kepada YB setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
  7. Memberi maklumat kepada stakeholders bagi membantu mereka mengkaji dan memperbaiki dasar umum kewangan negeri.