KERAJAAN TEMPATAN

Malaysia telah mengamalkan sistem kerajaan yang terbentuk di peringkat iaitu Persekutuan, Negeri dan Tempatan. Sistem Kerajaan Tempatan merupakan satu jentera pentadbiran dan pengurusan pembangunan yang penting di peringkat akar umbi iaitu satu peringkat yang paling rapat dengan kerajaan.

Kerajaan Tempatan adalah pembahagian geografi yang tidak tertakluk kepada kedaulatan permintaan Agong atau Sultan dalam sesebuah negara yang berdaulat atau separuh berdaulat melaksanakan kuasa pemerintah dalam sesebuah kawasan tertentu. Kebanyakkannya mempunyai kedudukan yang sah dari segi undang-undang yang bermakna ianya boleh didakwa dan mendakwa serta boleh libatkan diri dalam sebarang perjanjian atau kontrak.

Pejabat Setiausaha Kerajaan merupakan salah sebuah badan kerajaan yang telah ditubuhkan sejurus selepas kemerdekaan Malaysia. Tanggungjawabnya adalah tertakluk dalam hal-hal pentadbiran negeri termasuklah dalam membuat keputusan-keputusan penting dan mengawasi perjalanan pentadbiran negeri secara keseluruhannya. Badan ini bernaung di bawah kuasa Y.A.B Menteri Besar dan pentadbiran eksekutif dibuat oleh  Y.B Setiausaha Kerajaan.

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan adalah salah satu bahagian di dalam organisasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Dalam Perlembagaan Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri tetapi dari segi perundangan, ia adalah tertakluk di bawah Kerajaan Persekutuan. Bahagian Kerajaan Tempatan adalah sebagai urusetia dan penghubung di peringkat negeri bagi menyelaras segala dasar peraturan dan perkara-perkara yang diputuskan di peringkat Kerajaan Persekutuan.



FUNGSI  


1. Menyelaras dan memantau Polisi dan Dasar PBT.
    - Pewartaan Undang-undang berkaitan Kerajaan Tempatan.
    - Pewartaan Undang-undang kecil PBT.
    - Penyeragaman Proses-proses Kerja Utama PBT.
    - Pencalonan Ahli Majlis PBT.
    - Perlantikan Ahli Majlis PBT.

2. Menyelaras dan memantau Pengurusan Kewangan PBT.
    - Hasil                - Bajet
    - Belanja            - Teguran Audit

3. Menyelaras dan memantau Perancangan dan Pelaksanaan Projek PBT.
    - Perancangan.
    - Pemantauan.
    - Pembayaran.

4. Menyelaras perhubungan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan Berkaitan Polisi dan Aktiviti PBT.
    - Mesyuarat J/K Tetap Hal Ehwal Kerajaan Tempatan.
    - Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan.
    - Mesyuarat J/K Perhubungan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
    - Mesyuarat J/K Pemandu Kempen Tanam Pokok dan Bunga Raya.
    - Mesyuarat J/K Perunding Perbadanan Perbandaran-perbandaran seluruh Malaysia.
    - Mesyuarat J/K Perunding Majlis-majlis Daerah seluruh Malaysia.
    - Mesyuarat-mesyuarat lain yang berkaitan Kerajaan Tempatan yang diadakan dari semasa ke semasa.

5. Menyelaras Projek-projek Khas atau Program-program KPKT (Peringkat Negeri)
    - Kempen Tanam Pokok.         - Hari Landskap Negara.
    - Kempen Kitar Semula.           - Hari Tandas Sedunia.
    - Local Agenda 21.                   - Kempen Tanam Pokok Bunga Raya.

6. Menyelaras dan memantau Pengemaskinian Data dan Maklumat PBT.
    - Laporan.
    - Pemantauan.
    - Simpanan Rekod-rekod Statistik PBT.