Thursday, March 17, 2011

PERUTUSAN YB SUK

Y.B. DATO' SERAJA SETIA
DATO' PADUKA HAJI RASLI BIN BASIR
DHMS.,DGMK., DSDK., AMK., BCK., BPL.
SETIAUSAHA KERAJAAN
    NEGERI KEDAH DARUL AMAN
      

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin Nya jua kita berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.


Warga Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Y.A.B. Dato’ Seri Ustaz Azizan bin Abdul Razak, Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman, di atas keprihatinan Y.A.B. Dato’ Seri kepada Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman selama ini dan ini merupakan suatu dorongan kepada kami untuk bekerja dengan lebih komited sebagai satu pasukan demi untuk merealisasikan hasrat kerajaan bagi menjadikan sebuah negeri yang“AMAN, MAKMUR dan SEJAHTERA”.


Mengimbas kembali pengalaman dan usaha pembaharuan yang lalu, Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman telah memberikan perhatian utama kepada usaha-usaha peningkatan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan, khususnya dengan mengurangkan karenah birokrasi melalui proses penambahbaikan sistem dan prosedur, serta mengemaskinikan undang-undang dan peraturan. 



Sementara itu, penggunaan ICT sebagai enabler dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan akan terus dipertingkatkan lagi. Tumpuan adalah untuk memastikan perkhidmatan diberikan dengan pantas, menjimatkan kos, secara bersepadu dan memenuhi kehendak kumpulan sasar. 


Warga Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman akan terus digembeleng untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka secara efektif dan satu sistem pengurusan modal insan yang berteraskan prinsip merit dan berasaskan prestasi, sedang dilaksanakan bagi mewujudkan perkhidmatan awam yang membudayakan budaya kerja berprestasi tinggi. 

Bagi memastikan Warga Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman benar-benar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh ketelusan dan kejujuran, aspek intergriti dan akauntabiliti penjawat awam akan terus diperkukuhkan. Perkhidmatan Awam yang bersih, cekap dan amanah amat penting untuk menjayakan agenda pembangunan dengan lebih cekap dan isu intergriti ini tidak akan dikompromikan. 

Seluruh Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman amat menyedari amanah dan tanggungjawab besar yang harus dipikul demi memberikan khidmat bakti kepada rakyat dan saya yakin dengan kerjasama erat di antara Anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam akan menjadi pemangkin dan resepi yang berkesan untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan perlaksanaan seluruh program dan projek pembangunan. 

Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara professional dalam melaksanakan segala dasar yang ditetapkan oleh kerajaan yang memerintah dan saya percaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman berupaya memikul amanah dan tanggungjawab ini, seterusnya akan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dan saya yakin dengan komitmen serta kerjasama yang ditunjukkan oleh seluruh Warga Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman setakat ini, pertumbuhan ekonomi negeri akan dapat ditingkatkan selaras dengan strategi pembangunan bagi mencapai matlamat “Kedah Sejahtera”.

Selamat Maju Jaya

Tuesday, March 15, 2011


Y.B DATO' SERAJA SETIA DATO' PADUKA HAJI RASLI BIN BASIR DHMS., DGMK., PSDK., AMK., BCK., BPL. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN


Yang Berhormat Dato' Wira Haji Rasli bin Basir dilahirkan pada 8 Jun 1953 di Kampong Gelam, Kedawang, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kedawang dan melanjutkan pendidikannya di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra dan seterusnya di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) B.A (Hons) di dalam bidang Antropologi dan Sosiologi pada tahun 1975 dan Diploma Pentadbiran Awam (Lepasan Ijazah) di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1982. Seterusnya beliau melanjutkan pelajarannya di Ohio University, Athens, Ohio, U.S.A pada tahun 1986 dalam bidang Public Management dengan mendapat kelulusan Ijazah Sarjana. Beliau melangsungkan perkahwinan dengan Yang Berbahagia Datin Wira Hajah Normah binti Abdullah dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Yang Berhormat Dato' Wira Haji Rasli bin Basir terpilih memasuki Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah Darul Aman tahun 1976 dan ditempatkan di Pejabat Tanah Daerah Kota Setar sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah.

Thursday, March 10, 2011

Anugerah My GOSSCON 2008

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pusat Teknologi Maklumat Negeri) telah menerima Anugerah Kajian Kes Implementasi OSS Terbaik, Finalis Kategori Desktop Solution (Penggunaan OpenOffice.org)

Hadiah disampaikan oleh:
Ketua Pengarah
MAMPU, Jabatan Perdana Menteri.
Tarikh: 5 November 2008
Bertempat: Putrajaya International, Convention Center (PICC), Putrajaya.


Majlis ini dianjurkan oleh Pihak MAMPU bersempena dengan persidangan MYGOSSCON (Malaysia
Government Open Source Software Conference) selama 2 hari bermula 5-6 November 2008.

Tuesday, March 1, 2011

ALUAN SUK

Bahagian Pengurusan Korporat, PSUK telah ditubuhkan pada 1hb Januari 2009 melalui Surat Kelulusan Perjawatan Pengstrukturan Semula Organisasi Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

PSUK mendapat Surat Kelulusan Perjawatan Bilangan 5 Tahun 2009, bertujuan untuk ditubuhkan Bahagian Pengurusan Korporat melalui Surat Kelulusan bertarikh 12hb Januari 2009 daripada Perbendaharaan Malaysia.

Waran Perjawatan Bilangan 20/2009 telah dikeluarkan oleh Pejabat Kewangan Negeri Kedah Darul Aman menurut surat bertarikh 30hb April 2009 untuk pengisian Perjawatan yang terdiri daripada satu jawatan Pegawai Tadbir Negeri (Gred N48). Satu jawatan Pegawai Tadbir Negeri (N41), satu jawatan Pembantu Tadbir Perkeranian / Operasi (Gred N26), satu jawatan Pembantu Tadbir Perkeranian / Operasi (Gred N17) dan empat jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan (Gred N17)

Sehubungan dengan itu, bagi jawatan Pegawai Tadbir Negeri (Gred48) sebagai ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Bahagian Pengurusan Korporat) dan Pembantu Tadbir Perkeranian / Operasi (Gred N26), masih belum diisi sehingga sekarang.

Sunday, February 27, 2011

PRAKATA

Peranan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai nadi penggerak dasar-dasar pembangunan sosio ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Negeri semakin mencabar dari semasa ke semasa. Sejajar dengan perkembangan sektor perkhidmatan awam di peringkat persekutuan dan juga di dunia, PSUK turut berhadapan dengan cabaran-cabaran baru dan ekspektasi yang tinggi dari stakeholders dan pelanggan.

Perkembangan dalam pembangunan sosial dan ekonomi yang dialami oleh Negeri Kedah dan negara ini amnya telah menjadikansistem penyampaian perkhidmatan awam tidak lagi boleh dijalankan seperti biasa, sebaliknya ia memerlukan penstrukturan semula dalam pelbagai aspek. Selain penstrukturan semula struktur organisasi, peningkatan pengetahuan dan kemahiran juga menjadi semakin penting. Lebih jauh dari itu, elemen-elemen nilai, etika dan integriti semakin mendapat perhatian bukan sahaja di kalangan stakeholders tetapi juga dari para pelanggan.

Bagi memenuhi harapan yang tinggi ini satu transformasi yang menyeluruh perlu dilaksanakan di dalam perkhidmatan awam negeri. Ia melibatkan seluruh struktur pentadbiran awam yang meliputi organisasi, sistem dan prosedur serta tenaga manusia. Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)